BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 5, 2009

MANA LEBIH PENTING: EKONOMI ATAU KESELAMATAN?

Salam. Satu soalan cepu mas dikemukakan kepada para sahabat yang dirahmati Allah. Apa jua jawapan yang diberikan adalah betul belaka. Tapi kalau jawab kedua2nya penting, adalah betul juga. Kedua2nya adalah saling tumpang menumpang. Akan tetapi, Islam memberikan jawapan yang tepat apabila jaminan keselamatan didahulukan daripada ekonomi. Kafir zimmi diberikan jaminan keselamatan sebelum bayaran cukai kepala dikenakan kepada mereka. Kafir Quraisy diberikan jaminan keselamatan sekiranya mereka berlindung di rumah Abu Suffian didalam kisah Futh Al Makkah. Ertinya, keselamatan didahukan daripada ekonomi.

Berbeza dengan pandangan kapitalis dan pragmatis. Ekonomi didahulukan daripada segala2nya. Ekonomi merupakan nadi kehidupan dunia kapitalis. Soal keselamatan menjadi bab kedua. Dan ini yang diamalkan di Malaysia sekarang ini, kiranya masih ramai lagi rakyat yang tak tau.

Buktinya, soal kerugian yang dialamai oleh para peniaga semasa tunjuk perasaan Anti ISA pada 01 Ogos baru2 ini. Kerajaan berdegar2 membuat taksiran kerugian yang dialami oleh para peniaga. Mana rakyat yang bengong, akan termakanlah dengan propaganda tersebut. Rakyat yang dah termakan tungau, akan sokonglah agenda tersebut.

Mana tidaknya. Rakyat yang sudah dididik dan didakyah dengan kepentingan ekonomi atau berfahaman kebendaan, menuduh bahawa demonstrasi anti ISA adalah bodoh. Padan muka orang2 PAS. Dan ada pula yang lebih tak reti basa menuduh para demonstrator itu adalah lembu2 korban. Begitulah bangang dan bengongnya rakyat yang telah dididik dan didakyah dengan fahaman kebendaan. Tak nampak dah di mana agama. Agama hanya sekadar ibadah khususiyah saja. Begitulah rakyat yang dibanggakan pemerintah.

Soalnya, apakah benar para demonstrator pada hari itu telah melakukan rusuhan? Apakah para demonstrator telah bertindak memusnahkan harta benda awam dan peniaga? Agaknya rakyat yang kena tungau tak nampak langsung apa yang berlaku. Rakyat dah tak reti langsung nak menilai atau berfikir. Memang dasar umno menjumudkan rakyat.

Bukankah kerosakan dan kerugian yang berlaku adalah akibat rusuhan polis yang sudah tak keruan. Pakai tembak dan pancut saja tak kira apa dan dimana. Apa rakyat dan buta sangat dah ke? Pemimpin mereka memanglah dah buta dan pekak. Ya Allah, berikan rasa ISA itu kepada mereka2 yang menyokong sangat ISA itu.

0 comments: