BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 31, 2009

MAIN SOROK-SOROK

Salam. Sedikit masa dulu, kerajaan mempopularkan kempen anti-sorok. Berbagai cara dilakukan bagi merealisasikan kempen tersebut. Kempen secara memberi kesedaran dan juga kempen secara memberi ancaman. Dan yang paling popular ialah kaedah mengugut rakyat yang mahu cuba menyorok barang. Betapa marah dan antinya kerajaan kepada anasir sorok.

Sekarang, bagaimana pula kalau anasir sorok itu dilakukan oleh kerajaan sendiri. Rakyat sudah sepatutnya menghukum kerajaan. Dah banyak sangat kes kerajaan suka menyorok kes dan maklumat. Terbaru ialah kes selsema babi. Kerajaan sangat tidak telus dalam menangani wabak ini. Dan wabak ini sudah serius melanda Pahang. Bermula dari wabak ini diperkenalkan lebih kurang 3-4 bulan, Kuantan adalah anatara lokasi utama wabak ini melanda. Hampeh. Ramai yang tak tahu kes ini sudah ada di HTAA. Kerajaan sorok. Takut orang tau. Takut pelancong tak mai ke Kuantan.

La ni, meletup pula kat sekolah2. Tak kira sekolah agama atau sekolah cina atau sekolah tak cina. Semacam aje babi menggila. Yang anehnya, ada Pegawai Kesihatan yang datang ke sekolah bagi menangani kes ini menyatakan bahawa H1N1 ini tak seserius denggi. Denggi lagi bahaya. Sepatutnya doktor itu disekeh kepala. Sebab doktor bengong. Kalu nak jek kerajaan, la ni bukan masanya. Nak elak bahawa HTAA sudah tak muat lagi dengan kes babi ini, kata kes ini tak seserius mana.

Sekarang lagu mana. Selsema babi sudah semakin serius. WHO sudah isytiharkan bahawa ianya sudah menjadi wabak dunia. Malaysia aje yang kata ianya tak serius. Bangang punya statement. Bila dah terlalu serius esok, Kerajaan mula akan menyalahkan rakyat pulak. Rakyat tak peka untuk menjaga kesihatan. Sedangkan yang mula bawa masuk kes ini ialah dari KLIA. Takde sekorpun jaga kat situ.

Tapi, yang sokong kerajaan akan tetap sokong dan berdiri teguh di belakang kerajaan. Semenya adalah melayu bengong. Buat guane pun. Kerajaan tak salah. Yang salah ialah mereka- mereka- mereka yang hanya pandai mengkritik kerajaan. Mereka yang dah dibuang oleh kerajaan.

0 comments: