BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 30, 2009

SELSEMA BABI ATAU KERAJAAN BABI

Setakat artikel ini ditulis, sudah 4 korban selsema babi atau H1N1 dilaporkan di Malaysia. Jumlah pesakit selsema ini sudah meningkat lebih 1000 orang. Itu tidak termasuk yang disembunyi dan yang tidak dilaporkan. Sudah menjadi tradisi kerajaan atau kerajaan tradisi, terlalu lemah dalam matematik. Kalau jumlahnya 10,000, akan dilaporkan 1,000. Contohnya, kalau yang hadir untuk menyokong pembangkang seramai 10,000, akan dilaporkan hanya 1,000. Begitulah sokmo. Sudah menjadi tabiat kerajaan tradisi. Suka nipu.
Setakat manakah tidak menipunya kerajaan menjaga rakyat? Ambil contoh buah durian dan sayur sayuran. Buah durian dan sayur akan menjadi murah apabila ianya direjek untuk dieksport ke Singapura. Singapura rejek sayur dan durian tersebut apabila didapati ianya mengandungi racun yang berlebihan. Betapa sensitifnya kerajaan Singapura perihal menjaga rakyatnya. Tak boleh jual di Singapura, peniaga akan menjualkannya kepada rakyat Malaysia. Dengan harga yang sedikit murah. Rakyat Malaysia yang kebal, akan sapu habis kerana harganya sedikit murah. Kerajaan sikitpun tak kisah.
Begitulah halnya dengan kes selsema babi ini. Dikatakan, 3 sebab utama mengapa kerajaan buat perangai seperti babi ini adalah kerana: Nak melindungi pelancong; Nak jaga ekonomi; dan Nak jaga sensitiviti kaum cina. Natijahnya, negara lain kelam kabut menangani wabak ini dengan pelbagai cara; kerajaan Malaysia releks dengan mengatakan ianya terkawal. Pintu masuk di KLIA, bebas seperti tak ada apa2. Kalau ketat sangat kawalannya, dibimbangi pelancong akan takut nak masuk. Kurang pelancong, kurang ekonomi. Rakyat nak mampus, dia punya pasallah.
Janji, duit masuk. Itulah falsafah umno.

0 comments: