BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 8, 2009

Maaf. Membaca Sinar Harian hari ini, penuh dengan berita persidangan DUN Perak. Bukan main lagi sensasinya berita yang laporkan. Kebanyakannya menghentam Pakatan Rakyat habis2an. Ramai tokoh2 umno yang menghentam PR. Rata2 mengatakan bahawa wakil2 PR adalah biadab, wakil rakyat PR bawa undang2 rimba, hina demokrasi dan macam2 lagi. Hinggakan menteri dalam negeri sanggup mempertahankan tindakan polis menahan beberapa pemimpin pembangkang. Apa kena mengena persidangan DUN Perak dengan penahanan beberapa orang pimpinan pembangkang? Usahkan pimpinan pembangkang, Speaker pun mereka sanggup heret dan tahan. Apa benda ni. Apakah orang yang ditahan itu biadab dan yang menahan dan mengarah supaya ditahan tidak biadab? Tolong sikit hoi! Budak tak sekolahpun boleh fikir.

Kerajaan mungkin terlupa bahawa sekarang adalah zaman IT. Kerajaan mungkin terlupa bahawa dasar dan amalan yang dibawa mereka sudah ketinggalan zaman. Kalau parti komunis yang begitu besar dan gah boleh berkubur, apakah umno lebih hebat daripada parti komunis? Sedangkan Guantanamo yang dipertahankan oleh Amerika, terpaksa tunduk juga akhirnya. Apakah ISA masih juga mahu dipertahankan? Keluar daripada tajuk sedikit.

Laporan akhbar menonjolkan seolah2 jahat sangat pihak pembangkang. Biasalah tu. Peribahasa arab ada menyebut - dia yang memukul, dia yang menangis. Mafhumnya, dia yang kata orang biadab, sebenarnya dialah yang paling biadab. Lama dah kenal umno ni.

Manusia tidak boleh lari daripada sejarah. Sejarah tidak menipu manusia. Yang menipu ialah penulis sejarah. Sejarah sudah membuktikan sudah berapa ramai pimpinan PAS telah dibunuh oleh umno. Bermula daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Dr. Zulkifli Mohamad, Samad Gol, Abdul RahmanTalib, Ibrahim Libya, dan siapa lagi entah bila. Cuba kira pula berapa ramai orang umno yang telah dibunuh oleh PAS.

Tak usahlah kira gelaran, ejekan, label yang diberikan kepada PAS. Semuanya PAS sanggup terima. Hinggakan mati pun PAS sanggup terima. Apa sangat dengan ejekan. Itulah baiknya PAS. Sebabnya, kerana Islam yang dibawa oleh PAS. Islam tidak mengajar penganutnya berdendam. Tetapi tidak bermakna, kalau ditampar pipi kanan, dihulur pula pipi kiri. Juga tidak bermakna, ular boleh mematuk dua kali dari satu lubang. Itulah ajaran Islam.

Soalnya, sampai bilakah umno mahu berperangai begitu. Kan umno dan nak nazak. Bawa2lah bertaubat sebelum ajal mu sampai.

Orang melayu sokong umno kerana umno membawa benda dan boleh memberikan benda. Sudah tak ramai dah orang yang kebendaan sekarang. Yang masih kebendaan lagi hanya tinggal mat rempit dan mat gian lagi. Hanya mereka saja yang masih bergantung dengan umno bersama orang2 yang sewaktu dengannya.






0 comments: