BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 7, 2009

Kenapa Ramai Melayu Suka Berbeli Di Pasar Malam

Satu soalan yang mungkin ramai tidak menyangka bahawa ianya adalah satu kenyataan. Komen ini lebih kepada situasi semasa yang berlaku di Kuantan. Sebab Kuantan adalah sebuah ibu negeri sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung. Dikaitkan pula dengan nama Tok Gajah, seekor binatang yang terbesar di dalam hutan Pahang. Dikaitkan pula dengan gah dan besarnya menteri besarnya. Terlalu banyak benda2 yang besar dikaitkan dengan Negeri Pahang ini.

Artikel ini hanya mahu menjurus kepada isu Pasar Malam. Pasar Malam yang terkenal dengan jualan pelbagai barangan dengan harga murah, kononnya. Pasar Malam yang menjadi tumpuan golongan berpendapatan rendah untuk berbelanja.

Pernah satu ketika, Pengerusi Persatuan Penjaja Kuantan diajukan soalan tentang kenapa harga barangan di pasar malam agak tinggi. Pengerusi hanya memberi komen bahawa Pengerusi Persatuan Pasar lambak lebih layak menjawabnya. Oleh kerana pemberita tersebut mendesak supaya diberikan sedikit komen bersabit perkara tersebut, Pengerusi Persatuan Penjaja Kuantan menyatakan bahawa soal harga makanan banyak bergantung kepada harga komoditi semasa. Oleh kerana harga barangan tidak terkawal, penjaja mungkin mengambil kesempatan menjual dengan harga yang tidak terkawal juga.

Pernah suatu ketika, Pengerusi Persatuan Penjaja Kuantan sendiri membeli pisang di Pasar Malam dengan harga RM4 sekilo, sedangkan di Pasar Besar harganya cuma RM2.50 sekilo. Itu cuma contoh harga pisang. Belum lagi dikaitkan dengan harga barangan lain seperti lauk pauk, sayur2an, buah2an dan lain2. Bagaimana sebuah restoran besar di Bandar Kuantan menjual nasi ayam dengan harga RM2.50 satu, sedangkan Pasar malam menjualnya dengan harga RM3.50 satu. Agaknya sewa restoran tersebut RM250 sebulan, sedangkan sewa gerai Pasar Malam RM2500 sebulan. Ini soalan yang perlu dijawab oleh, bukan hanya Pengerusi Persatuan Pasar lambak atau Pengerusi Persatuan Penjaja, tetapi perlu diberi penjelasan oleh peniaga itu sendiri. Dan yang tragisnya, Pengerusi Persatuan Penjaja tidak dapat memberi penjelasan, malah pihak berwajib sendiri, sama ada MPK atau Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP lebih selesa menyepi diri. Akhirnya, orang melayu juga yang menjadi mangsa. Mungkin, itulah yang menjadi amalan turun temurun orang melayu bahawa kita mesti menjaga kerajaan, bukan kerajaan yang wajib menjaga rakyat.

0 comments: