BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 7, 2009

Manoharan Hebat

Sibuk2 pasal wakil rakyat letak jawatan, tidak sehebat tindakan M.Manoharan yang mahu meletakkan jawatan. Manoharan adalah seorang berprinsip dan seorang wakil rakyat yang betul2 mahu berkhidmat kepada rakyat. Ia bukannya satu gimik tetapi pengorbanan isteri beliau yang mewakili beliau adalah suatu yang hebat. Beliau hebat dan isterinya juga hebat. Isteri hebat kerana sanggup bersendiri tetakala suaminya terperesuk di Kemunting.

Apapun alasan dan hujah mereka yang tidak bersetuju Manoharan meletakkan jawatan adalah tidak sama belaka. Pihak DAP hanya membuat gimik memujuk Manoharan daripada meletakkan jawatan. Pihak kerajaan membangkit isu pembaziran kiranya pilihanraya kecil diadakan. Membazir kiranya BN tidak nampak peluang untuk menang.

Namun hakikat sebenar tindakan Manoharan ialah untuk menonjolkan kepada rakyat akan betapa angkuhnya ISA. ISA adalah akta yang sangat zalim. Dan kerajaan yang mempertahankannya sudah tentulah kerajaan yang zalim juga. Akan tetapi, nak dikatakan bahawa kerajaan BN atau UMNO ini zalim, dah lama dah ianya zalim. Dulu, kini dan selamanya zalim. Nak uat guane. Selagi rakyat menjaga dan mempertahankan kerajaan, selagi itulah ianya zalim dan bertambah zalim.

Manoharan adalah salah satu lambang mangsa kezaliman. Kalau bekas Timb. Perdana menteri boleh dizalimi, apa sangat si Manoharan. Wakil Rakyat Kota Alam Shah. Wakil Rakyat ISA. Sekurang2nya, Manoharan mempunyai pengalaman ISA. Sama seperti tahanan2 yang sewaktu dengannya. Cuma pengalaman tersebut tidak sehebat Almarhum Dr. Burhanuddin AlHelmy. Almarhum Dr. Burhanuddin mangkat dalam ISA.

DAP mungkin bersetuju kalau tujuan Manoharan mahu meletakkan jawatan atas alasan tidak mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat kerana terperesuk dalam jel. Tetapi DAP juga bimbang kerana kerusi tersebut tidak berapa selamat. Tidak selamat kerana masih ramai yang bersikap rakyat harus menjaga kerajaan dan kerajaan tidak ada tanggung jawab untuk menjaga rakyat. Kalau rakyat nak mampus kerana SAR atau Selsema Babi atau apa jua masalah seperti makan sayuran atau buah2an beracun, itu rakyat punya pasal. Akan tetapi, rakyat yang sudah lali dan kalih dengan dodoian rakyat mesti berterima kasih kepada kerajaan, selagi itulah kerusi DUN atau Parlimen tidak berapa selamat.

0 comments: