BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 8, 2009

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

Salam kepada sahabat2 yangdirahmati Allah. Semoga Allah sentiasa meredhai kita dunia dan akhirat.
Ini ada satu pengumuman:

Menjunjung titah duli2 yang maha mulia Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, setelah diperkenankan oleh duli2 Raja2 Melayu, adalah diisytiharkan bahawa Puasa pada tahun ditetapkan pada hari sabtu, 22 haribulan Ogos, 2009.

Tak lama lagi kita akan mendengar pengumuman tersebut daripada penyimpan mohor besar Raja2 Melayu. Maka akan bermulalah bulan yang amat diberkati, bulan yang dinanti2 oleh seluruh umat Islam yang beriman dan bertaqwa. Akan berlumba2lah umat Islam yang beriman dan bertaqwa, merebut tawaran dan ganjaran yang Allah janjikan di bulan yang penuh berkat, Ramadhan Al-Mubarak.

Umat Islam yang beriman dan bertaqwa akan berebut2 dan berlumba2 menunaikan ibadat pada bulan yang penuh berkat itu. Dan tak lupa pula, ada juga umat yang mengaku Islam, akan berlumba2 dan berebut2 untuk berniaga di bulan Ramadhan. Dan bandar Kuantan, seperti juga bandar2 lain, akan berlambaklah bazar2 Ramadhan, bercambah merata2. Para peniaga mengambil kesempatan untuk meraih seberapa banyak laba yang boleh. Dan Persatuan Peniaga dan Penjaja akan bertambah sibuk dan kalut menjelang Ramadhan ini.Para peniaga akan bersungut dan komplen kiranya mereka tidak mendapat gerai yang dipohon.

Seperti biasa, pihak MPK akan menjadi semakin sibuk dan kalut mengendalikan gerai2 Ramadhan, semata2 untuk mempastikan ia berjalan baik dan bersih. Pihak MPK sedikitpun tidak akan berkompromi dalam hal menjamin kebersihan. Lebih2 lagi dalam suasana wabak babi yang semakin serius melanda negara sekarang ini.

Pihak MPK akan menjalankan taklimat tahunan Bazar Ramadhan pada 17, Ogos, 2009 ini kepada semua peniaga sekitar Bandar Kuantan di Wisma Belia. Pihak MPK tidak lupa untuk menjemput Pegawai Agama bagi menyampaikan sedikit tazkirah Ramadhan. Begitulah saban tahun. Perkara yang sama akan diulang dan terus diulang tanpa jemu. Sama seperti puasa dan ibadat yang lain. Perkara yang sama. Puasa akan berhadapan dengan kelaparan. Sembahyang akan melakukan ritual yang sama. Malah, semua ibadat adalah satu proses yang sama.

Umat Islam yang beriman dan bertaqwa, tidak akan puas2 melakukan ritual yang sama. Malah, umat Islam yang beriman dan bertaqwa, masih berlumba untuk melakukannya.Itulah nikmat Iman dan Taqwa.

Namun, umat Islam yang mengaku Islam, ada yang tidak senang dengan retorik dan ritual yang dilakukan. Malah ada yang komplen dan bersungut. Dan akan berlakulah polemik. Akan berlakulah perbahasan.

Sebabnya, umat Islam yang mengaku Islam dewasa ini sudah tidak nampak apakah itu nikmat Iman. Umat Islam yang mengaku Islam dewasa ini hanya sudah nampak kebendaan sahaja. Hanya BENDA yang sudah menjadi matlamat.

Pesanan Pengerusi Persatuan Penjaja Kuantan hampir setiap tahun, tidak pernah menjadi bualan dan amalan para peniaga. Matlamat Berniaga Bukannya Keuntungan. Niaga dan Untung Adalah Sinonim. Sebut Berniaga, Mesti Hendak Untung. Hanya Orang Tidak Bijak dan Tidak Siuman Sahaja Yang Berniaga Hendakkan Rugi. Berniaga Adalah - Untuk Mencari Keberkatan. Khususnya Bulan Ramadhan ini. Itu antara pesanan Pengerusi Persatuan Penjaja Kuantan. Tetapi, berapa orangkah yang menghayatinya?

Apa yang berlaku, saban tahun Persatuan Penjaja Kuantan akan menjadi mangsa tohmahan dan kritikan pedas daripada ahli. Sedangkan, hanya sekali setahun sahaja Persatuan Penjaja Kuantan diberi peluang oleh pihak MPK untuk mengendalikan Bazar Ramadhan di Tapak Mahkota Square. Itupun, akan berkelahi pada setiap tahun dengan MPK, untuk mendapatkan pengendalian Bazar tersebut. Dan Persatuan bukannya dapat percuma. Sudahlah pihak Jawatankuasa, khusnya Setiausaha, terpaksa menebal muka saban tahun bagi mendapatkan pengendalian tapak tersebut. Dan pada tahun ini, setiausaha terpaksa mendapatkan sokongan daripada MB sendiri, bagi memastikan tapak tersebut diberikan kepada Persatuan. Sebab apa berlaku demikian, carilah sendiri jawapannya.





0 comments: