BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 8, 2009

TAMATNYA RIWAYAT MEDAN PELANCONG

Salam. Sahabat2 yang diredhai Allah.

Mercu tanda tapak niaga orang Melayu di bandar Kuantan akan menjadi sejarah tidak lama lagi.
Satu2nya tapak niaga yang terdapat ramai orang melayu di tengah bandar Kuantan ialah Medan Pelancong. Oleh kerana kurang promosi dan perangai dan stail orang melayu berniaga, medan niaga tersebut hanya terkenal dengan satu2nya terdapat kedai membuat dan menjual songkok di bandar Kuantan. Kedai warisan Hj. Ahmad Gundal kepada anaknya Ismail, masih setia dan akur berada di Medan Peancong. Selain itu, terdapat beberapa buah gerai makan yang masih kekal dengan masakan tradisinya, menghuni di Medan Pelancong.

Selepas Idilfitri, kawasan Medan Pelancong akan mula dipagar, menandakan projek 'water front' yang diuar2kan akan bermula operasinya. Ertinya, hanya tinggal lebih kuarang sebulan sahaja bagi Mail dan rakan2 niaga Medan Pelancong menjalankan perniagaannya. Lepas tu, boleh jalan.

Itulah harga pembangunan. Itulah harga bangsa Melayu. Mesti akur kepada arahan dan beri laluan kepada pembangunan. Kubur2 Melayu harus dibongkar untuk memberi laluan kepada pembangunan. Tanah2 Melayu harus diambil milik, demi pembangunan. Begitulah rapuhnya hak orang melayu, terpaksa akur kepada pembangunan.

Tak payah pergi jauh. Jerat di Bukit Setongkol, hingga sekarang kerajaan tidak berani untuk mengambil sedikit untuk memberi laluan kepada jalan raya. Hingga sekarang pengguna jalan raya terpaksa berpusing bulat mengelilingi jerat tersebut untuk ke Cenderawasih. Kerajaan sanggup membina jalan lain daripada memotong sedikit jerat tersebut bagi meluruskan laluan. Begitulah sikap kerajaan kepada orang Melayu.

Sekarang, Medan pelancong akan menjadi mangsa terbaru. Peniaga yang menghuni premis mereka sejak tahun 1971, akan hanya dibayar sagu hati sebanyak antara RM 5,000 hingga RM 10,000 sebagai bayaran sagu hati. Soal pampasan jauh sekali. Alasannya, PASDEC tak ada duit.

Ironinya, sejarah Medan Pelancong asalnya dimiliki oleh LKNP. Entah macam mana, ianya diserah kepada MPK. Serah bodo begitu saja. Sebabnya, MB menjadi Pengerusi kepada LKNP dan juga MPK. Pakat kontra begitu saja. Maka Medan Pelancong ditadbirlah oleh MPK. Dan bila Medan Pelancong hendak dimajukan kerana kedudukannya yang strategik, PASDEC ambil alih dan MPK basuh tangan. Sikitpun tak mahu ambil tahu hal Medan Pelancong dah. Sejak berpuluh tahun dahulu, MPK yang kutip sewa dan kutip saman. Lambat bayar sewa, saman. Bila dan jadi macam ini. MPK entah kemana.

Kemanakah para peniaga Medan Pelancong nak mengadu hal. Nak mengadu pada siapa? Nak mengadu kepada Ahli Parlimen, kerajaan akan kata isu ini dipolitikkan pula. Harap kepada YB Chang, CEO PASDEC jenis muka tak malu. YB Chang, ADUN Teruntum telah bersusah payah cuba menangani masalah peniaga Medan Pelancong, tetapi hanya seolah2 diperlekeh sahaja oleh CEO PASDEC. Begitulah nasib peniaga Melayu di Medan Pelancong.

Soalnya sekarang: Kemanakah peniaga Medan Pelancong akan pergi? Kemanakah peniaga Medan Pelancong akan humban nanti? Atau peniaga Medan pelancong akan berkubur begitu saja. Nantikanlah jawapannya.

0 comments: