BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 14, 2009

GERAM KERANA TAK DAPAT BERNIAGA DIBULAN RAMADHAN

Salam. Salam kepada semua sahabat yang diredhai Allah.

Tengok tajuk sahaja, sahabat sudah boleh agak apakah rentetan berita seterusnya. Kisah bulan Ramadhan. bulan yang penuh barakah. Bulan yang menyajikan rangkaian ganjaran yang tidak terhad dari Allah swt. Bulan yang amat dinanti2kan oleh seluruh umat Islam yang beriman dan bertaqwa.

Sahabat2 seislam, nilailah diri sendiri sekarang. Adakah termasuk dalam kalangan umat Islam yang beriman dan bertaqwa? Kalau Islam masih boleh diragui, sah tidak termasuk dalam kalangan beriman dan bertaqwa. Kalau hal Islam masih ada kurang yakin, sah terkeluar daripada kumpulan beriman dan betaqwa. Semak dulu sama ada terdapat atau tidak perkara2 yang membatalkan syahadah dalam kehidupan kita. Senang aje formulanya.

Kalau dalam hal nak cari duit dalam bulan Ramadhanpun dah naik geram kerana tak dapat gerai, maki hamun Persatuan Penjaja kerana tidak utamakan beliau untuk mendapat gerai, tak payahlah soal bab perkara2 yang membatalkan syahadah.

Dah beberapa kali Pengerusi Persatuan Penjaja Kuantan menyatakan bahawa, Berniaga dan Untung Adalah Dua Perkara Yang Sinonim. Tujuan Sebenar Berniaga Adalah Untuk Mencari Berkat. Kalau Tujuan Nak Untung, Menunjukkan Peniaga Itu Sama Ada Kurang Siuman Atau Kurang Cerdik.

Sempena menyambut Bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, hentikanlah mencaci Persatuan. Mana2 ahli yang gagal mendapat gerai Ramadhan, anggaplah ia satu hikmah. Tak payah nak menyalahkan sesiapa.

0 comments: