BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 18, 2009

MPK AKAN USAHAKAN ...

Salam. Sahabat2 yang diredhai Allah. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.

Salam buat peniaga2 Medan Pelancong. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Tuan/Puan semua diberi jaminan boleh berniaga hingga ke akhir Ramadhan. Pas tu.....

Begitulah nasib peniaga2 melayu di tengah bandar Kuantan. MPK berkata bahawa mereka berusaha sehabis reng untuk menempatkan semula peniaga2 Medan Pelancong di lokasi2 lain. Dalam masa yang sama, MPK juga melepaskan tanggung jawab kepada PASDEC yang sepatutnya bertanggung jawab membereskan urusan tersebut. Masing2 cuba lepas tangan.

PASDEC sudah menunaikan tanggung jawab mereka dengan menawarkan wang sagu hati kepada semua peniaga Medan Pelancong. Nisbah bayaran sebanyak 60 bulan X kadar sewa. Asalnya hanya 30 bulan X kadar sewa. Persatuan Penjaja campur sikit dan mohon dinaikkan, jadilah 60 bulan X kadar sewa. Mana peniaga yang dan selak sangat nak duit, dahpun ambil sagu hati tersebut. Mana peniaga yang tidak sain, masih belum ambil sagu hati tersebut. Persatuan nak arah supaya semua peniaga ambil sagu hati tersebut, takut PASDEC tutup buku dah hal peniaga Medan Pelancong pulak. Tapi, Persatuan saran supaya ambil juga sagu hati tersebut.

Sekarang ni, masih ada lagi nyawa2 ikan lagi kes peniaga Medan Pelancong ni. Ahli Parlimen Kuantan YB Pn. Fuziah Salleh dan masuk campur. Ketua Pemuda UMNO Kuantan pun sudah mula ambil tahu hal ini. Ertinya, pimpinan masyarakat sudah mula prihatin tentang hal peniaga melayu Medan Pelancong ni. Tapi, keputusannya? Masih di awang2awangan.

YB Pn. Fuziah mencadangkan 4 lokasi sementara kepada MPK untuk difikirkan. Berhampiran Shahzan Inn, Jalan Lebai Ali , Berhampiran OCBC dan Berhampiran Pokok Buluh. Kesemua lokasi tersebut akan difikirkan oleh MPK. Ketua Pemuda Datuk Suffian adalah juga Ahli Majlis MPK. Setakat manakah kemampuan dan kewibawaan beliau untuk menerima cadangan tersebut? Kepada peniaga2 Medan Pelancong, sama2lah lihat dan berdoa.

0 comments: