BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 1, 2009

PENDAPAT DR.YUSSOFF ALQARADHAWI

Salam. Sahabat2 yang muliakan. Semoga Allah meredhai kita semua.

Dr. Yussoff Al-Qaradhawi didalam kitabnya yang diterjemahkan, Fiqh Awalliyat menyatakan bahawa hanya orang yang bodoh sahaja yang tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Tidak tahu membezakan yang mana perlu didahulukan dan yang mana perlu dikemudiankan. Tidak tahu membezakan antara yang haq dan yang batil. Tidak tahu membezakan antara Islam dan yang bukan Islam.

Dr. Yussoff Al-Qaradhawi melabelkan manusia yang BODOH kiranya tidak tahu membezakan antara yang haq dan yang batil. Manusia yang bodoh, selalunya akan mengajak supaya orang lain turut menjadi bodoh seperti mereka. Manusia yang bodoh selalunya tidak akan mengaku bahawa mereka adalah bodoh. Manusia yang bodoh selalunya akan mengancam mereka yang tidak mahu mengikut mereka atau menuduh mereka bodoh.

Terlalu ramai manusia yang bodoh di kalangan kita. Bodoh walaupun bergelar professor atau ulamak. Semuanya bodoh. Contohnya, teori Darwin menyatakan bahawa manusia adalah berasal daripada beruk. Hanya yang bukan berketurunan beruk sahaja yang tidak mengaku bahawa manusia berketurunan beruk. Mereka yang bukan daripada beruk adalah anak cucu Nabi Adam Alaihissalam. Tapi kerana bodohnya Darwin mengemukakan teori tersebut, telah memaksa manusia yang bodoh menerima teorinya; malah mengancam mereka yang tidak mahu menerima teori itu. Itulah hakikatnya perangai orang yang bodoh.

Terlalu ramai manusia yang bodoh di kalangan kita. Bukan setakat teori Darwin yang dipertahankan. Banyak lagi teori2 lain yang dipertahankan, malah turut sama menyebarkannya. Contohnya, teori politik Machiavelli; teori ekonomi Karl Marx; dan bermacam2 lagi. Fahaman sekular terus dipertahankan bermati2an. Semuanya adalah bukti manusia adalah bodoh dan turut sama bersekongkol dengan yang bodoh. Fanatik kebodohan.

Golongan sekular adalah satu lagi contoh klasik manusia yang bodoh. Dan mereka yang ikut dan bersekongkol dengan golongan sekular adalah lagi lebih bodoh. Bagaimana di satu pihak mengaku Islam dan pada masa yang sama bergelumang dengan fahaman sekular. Pengikutnya pula terlalu taksub dengan fahaman sekular sehingga sanggup mati mempertahankan sekular. Akan tetapi, masih mengaku Islam. Masih bernama Mamat. Masih bergelar Sohibul Samahah. Masih bergelar Yang Amat Berhormat.

Fahaman sekular telah menyebabkan seorang yang bodoh itu sanggup mengatakan bahawa agama lain, politik lain. Fahaman sekular telah menyebabkan seorang yang bodoh itu sanggup mengatakan bahawa tidak boleh berdoa untuk memusnahkan seseorang. Fahaman sekular telah menyebabkan seorang yang bodoh itu sanggup mengatakan ulamak yang mujtahid itu sudah nyanyuk dan selewengkan fatwa. Begitulah hebatnya fahaman sekular yang bodoh berjaya membodohkan semua pengikutnya yang bodoh. Dan yang paling bodoh sekali ialah manusia yang bodoh telah mengundi dan melantik pemimpin yang bodoh.

Hanya mereka yang istiqamah berpegang kepada Islam sahaja yang TIDAK bodoh.

0 comments: