BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 29, 2009

MB PAHANG YANG PRIHATIN ?

Salam. Salam buat sahabat2 semua. Moga Allah meredhai kita semua. Amin.

Sempena menyambut Tahun Baru Masehi selang dua tiga hari lagi; sebelum bermulanya aneka maksiat yang tidak mampu dibendung; sebelum bermulanya pesta yang akan turut dihadiri dan direstui pemimpin; sebelum bermulanya aneka fitnah terhadap Islam, marilah sama2 kita berkongsi sedikit maklumat yang diperolehi daripada para penjaja Medan Pelancong.

Pada hari Isnin 28.12.09, jam 3.20 petang, bertempat di Wisma Sri Pahang, hampir semua para penjaja Medan Pelancong telah dipanggil untuk berjumpa dengan YAB Dato' Sri Adnan Yaakob. Maklumlah, nak jumpa Menteri Besar. Dan MB pula telah menyambut para peniaga dengan senyuman dan layanan yang menawan. Itulah kehebatan MB Pahang. Pandai melayan gelagat orang Melayu. Sampai kesiankan YB Teruntum yang tidak bersunat, apabila dikritik oleh salah seorang peniaga yang mewakili Penjaja Medan Pelancong.

YAB MB Pahang telah memberikan reaksi yang spontan kepada tuntutan para peniaga Medan Pelancong. Walaupun tidak ada kata putus yang diberikan oleh MB, namun para peniaga amat gembira dengan respons yang diberikan oleh seorang menteri besar. Begitulah sifat luhurnya orang melayu. Kesanggupan MB berjumpa dengan mereka, sudah sedikit sebanyak mengobat hati mereka. Malah telah meluruhkan tanggapan buruk peniaga kepada MB. Begitulah betapa luhurnya hati orang melayu. Sebab luhurnya hati orang melayulah, umno telah berjaya memerintah Malaysia hingga ke saat ini.

Untuk mengelakkan supaya majlis tidak menjadi begitu rasmi dan protokol, MB sanggup melayani para peniaga sambil makan buah langsat. Sambil bergurau dan berseloroh, MB telah memikat hati para peniaga. Hinggakah majlis tersebut berakhir tanpa sebarang penyelesaian. Namun para peniaga tetap keluar dengan senyum lebar menuju ke dewan jamuan setelah majlis tersebut berakhir.

Persoalannya, bilakah tarikh sebenarnya para peniaga Medan Pelancong akan berundur dari tapak niaga mereka? Ke manakah para peniaga Medan Pelancong akan di tempatkan setelah mereka mengosongkan premis mereka itu? Adakah para peniaga Medan Pelancong layak menerima pampasan ? Kalau layak, Berapakah jumlah pampasan yang harus diterima oleh para peniaga Medan Pelancong ?

Semua soalan di atas harus diselesaikan secepat mungkin. Jangan pulak dijadikan masa sebagai modal untuk melenyapkan isu. Jangan pulak penangguhan berlarutan dijadikan asas untuk membuli para peniaga Medan Pelancong. Di situlah satu2nya tapak niaga orang melayu dan beberapa kerat orang cina berniaga di tengah2 bandar Kuantan. Kiranya tapak tersebut dilupuskan daripada penguasaan orang melayu, jadilah tapak tersebut sebagai hanya kenangan. Jangan idamkan lagi tapak baru untuk petempatan orang melayu. Selesalah orang melayu untuk menjadi bahan sejarah di Medan Pelancong. Itupun satu2nya kehebatan orang melayu. Menjadi bahan sejarah.

0 comments: