BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 13, 2010

Salam. Moga semua sahabat yang dicintai akan terus mencintai Islam. Hanya Islam sahaja yang menjamin masa depan kita. Jadikanlah sebahyang kita, ibadat kita, hidup kita dan mati kita, hanya semata2 kerana Allah.

Sebelum diteruskan luahan hati ini, ana pohonkan ribuan maaf kerana terlalu lama tidak meng- updatekan blog ini. Maklumlah. Dunia semakin hampir dengan penghujungnya. Salah satu tandanya ialah manusia semakin sibuk. Ana agak sibuk dengan kesihatan yang sering menggugat. Baru2 ini Allah izinkan kejayaan ana menjalani pembedahan hidung. Alhamdulillah. Tapi, lutut masih lagi kurang aktif. Begitulah hal keadaannya. 50 tahun yang Allah kurniakan kesihatan, tidak diwar2kan. 2-3 hari keuzuran, digembur2kan. Begitulah manusia. Ana, manusia yang kerdil yang banyak termasuk dalam kategori makhluk Allah selain hamba Allah.

Namun, setakat ini Allah masih kurniakan ana kewarasan untuk terus mengabdikan diri kepadaNya. Kasihan dan amat malang kepada yang masih bengung dan tidak waras, terus menyokong dan mengabdikan diri kepada umno. Inilah yang sangat merunsingkan ana. Bangsa ana. Keturunan ana. Menjadi bengong dan tidak waras. Kenapa?

Dah tau dah umno tu jahat, dulu, kini dan selamanya. tapi dok sokong juga. Dan yang terbaru, didedahkan bahawa puteri umno menjadi mangsa habuan seks pemimpin2 umno sendiri. Kalau nak cepat naik sebagai pemimpin, bersedialah berkorban, waima maruah sendiri. Inilah umno. Tapi orang melayu, masih terus juga menyokong umno. Why... why (sedutan rafidah aziz)

Dah bermacam2 pendedahan dan pembongkaran dibuat. Dalam kes ketuanan melayu, umnolah juara menghakis dan menghapuskannya. Sudah berapa banya tanah rezab melayu telah digadai dan dijual oleh umno. Sudah berapa lama biasiswa pelajar melayu dinafikan oleh umno. Sudah berapa peruntukan2 untuk orang melayu seperti saham, dimakan dan ditelan oleh umno. Dan berapa banyak lagi kalau nak didedahkan dalam ruang yang terhad ini akan kebejatan dan kelaknatan umno.

Begitu juga dalam kes raja2 melayu. Umnolah yang telah menghapuskan hak2 keistimewaan raja2 melayu. Umnolah yang telah memaki 'natang' kepada raja2 melayu. Adakah raja2 melayu masih lagi mengharapkan umno?

Umno bukan setakat berani menghapuskan hak orang2 melayu, umno juga telah membunuh ramai orang2 melayu. Peristiwa Memali adalah angkara umno. Pembunuhan Dr. Burhanudin, Samad Gol, Osman Talib dan lain2 lagi adalah angkara kelaknatan umno. Terlalu banyak lagi kalau hendak didedahkan di sini. Insyaallah, lain kali kita akan dedahkan banyak lagi untuk renungan para pembaca agar tidak menjadi tidak waras lagi. Mudah2an.... Amin ya rabbal alamin.

0 comments: