BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 14, 2009

HUTANG ! ! !

Salam. Salam buat semua sahabat seperjuangan semoga kita semua mendapat keredhaan Allah.

Agak ketinggalan sokmo saya ni dalam 'meng-update' blog sendiri. Orang ada website, kita nak website jugak. Tapi ada website, tidak di updatekan. Apara idiabuz ni. Oleh itu, berbanyak maaf dipinta daripada semua sahabat yang dimuliakan. Maafkan hamba yang serba dhaif ini.

Kali ini, rasa terpanggil untuk terus berkongsi maklumat dengan para sahabat disamping terus menyampaikan dakwah serta mengharapkan keredhaan Allah, ialah tentang kisah manusia yang tidak dapat berbaring ketika berada di dalam kubur akibat hutang. Begitulah dahsyatnya hukuman kepada orang yang berhutang.

Hutang menyebabkan seseorang tidak dapat berisytirihat di dalam kubur walaupun ia seorang yang bertaqwa. Bagaimana pula kalau kerajaan yang banyak berhutang. Kalau kerajaan sedikit pun tidak takut kepada hutang, begitulah rakyatnya. Rakyat sedikitpun tidak terasa atau gerun dengan hutang. Malah, kerajaan amat menggalakkan rakyat berhutang.

Tahukah rakyat bahawa negara kita berhutang beratus-ratus billion? Bukan Million, tapi Billion. Apakah tidak berkemungkinan negara akan bangkrap disebabkan hutang? Apakah rakyat tidak terasa apa2 dengan banyaknya hutang?

Mengikut laporan terkini Bank Negara, hutang negara ialah sebanyak RM 335.7 billion. sedangkan, reserve negara adalah sebanyak RM 322.2 billion. Ia menunjukkan bahawa hutang negara lebih tinggi daripada simpanan negara. Itu kiraan senang. Tak payah lulus SRP, boleh congak kedudukan ekonomi negara. Tak payah guna istilah ekonomi yang besar2 dan gah untuk menilai ekonomi negara. Bayangkan apa akan terjadi kepada negara kalau ia terus ditadbir begini cara. Bangkrap negara kita.

Siapakah yang akan membayar hutang2 negara kita ini. Kalau takdirnya UMNO sudah tidak lagi memerintah, siapa yang akan membayarnya? Jawabnya, Rakyat. Siapa pun memerintah, rakyat akan tetap dibebani hutang dan wajib membayarnya.

Inilah fenomena yang rakyat harus hadapi. Rakyat harus sedar. Rakyat harus peka. Rakyat harus bangkit dan bangun bagi membetulkannya. Tunggu apa lagi? Tunggu negara dah bangkrap baru dan bangkit dan bangun?

0 comments: