BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 27, 2009

AKU ANAK MALAYSIA ....... KESIAN!!!

Salam. Salam kepada sahabat2 budiman. Alhamdulillah, kini Allah telah kurniakan kembali kekuatan untuk terus berkongsi idea dengan para sahabat. Moga kesihatan juga akan terus Allah jamin bagi terus mengabdikan diri kepadaNya.

Allah telah melahirkan kita di bumi Malaysia ini. Bumi yang penuh nikmat dan keberkatan. Bumi yang terhindar daripada laluan bencana alam. Bumi yang amat subur dengan tanah-tanehnya. Bumi yang kaya dengan logam berharga. Sebut saja apa2 benda yang terdapat di negara lain, pasti terdapat di bumi Malaysia. Begitulah bertuahnya bumi Malaysia.

Namun, yang patut dikesiankan kepada kita, dan juga kesian kita kepada mereka yang akan menjawab di hadapan Allah Rabbuljalil nanti. Bumi kita Malaysia yang begitu bertuah dan mewah, boleh hampir bangkrap dan papa kedana. Kenapa? Kesian ke kita. Sepatutnya kita semua boleh hidup aman dan mewah, tetapi harus merempat di bumi sendiri. Inilah hakikatnya.

Ianya semua adalah gara2 pengurusan hasil mahsul negara yang sangat tidak cekap dan tidak amanah. Itu saja sebabnya. Tak payahlah cari lain2 sebab. Tak payahlah cari berbagai alasan. Semua manusia yang menjadi rakyat Malaysia kena terima hakikat ini. Kalau tak boleh terima, ada sesuatu yang tidak kena kepada rakyat tersebut. Sama ada dia bengong atau dia gila. Itu saja sebabnya.

Bayangkan. Malaysia jatuh ke tangga ke 56 dalam indeks rasuah dunia, kerajaan masih boleh berbangga. Kerajaan jenis apa ni? Perkara ini tidak boleh disorok lagi. Ia sudah menjadi pekung yang bau busuknya sangat memualkan.

Namun, bagaimana rakyat Malaysia masih ada yang boleh berbangga dengan kedudukan tersebut? Mesti ada sesuatu yang tak kena dengan rakyat tersebut. Bagaimana rakyat tersebut masih mengiakan dan merestukan pemerintah yang telah terbukti berbangga dengan rasuah? Pemerintah yang mencanang ke sana ke mari tentang baiknya rasuah. Pemerintah yang mendabik dada bahawa rasuah bukan satu jenayah. Semuanya dilakukan kerana ia mendapat restu daripada rakyat. Sebab rakyat yang melantik pemerintah. Pemerintah tak salah kesemuanya. Tetapi rakyatlah yang bersalah kesemuanya kerana merestu dan bersekongkol melantik pemerintah. Itulah namanya rakyat yang bengong atau gila. Kesian aku. Duduk dalam negara yang rakyat kebanyakannya bengong dan gila. Dan menjadi kewajipan aku dan sahabat2 yang bersama aku untuk membetul dan mengobati rakyat yang sudah menjadi bengong dan gila.

0 comments: