BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 24, 2009

APAKAH FORMULANYA ?

Salam. Salam kepada semua sahabat yang diredhai dan dirahmati Allah. Semoga Allah mengampuni dan meredhai kita semua.

Pertama sekali, diucapkan tahniah kepada pelajar2 yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR baru2 ini. Moga pelajar2 yang telah berjaya tidak lupa merafakkan setinggi2 kesyukuran ke hadzrat Allah s.w.t.

Sekali lagi rakyat yang prihatin dan tidak bodoh, dikejutkan dengan skandal baru pemerintah. Kehilangan enjin jet pejuang TUDM. Sebuah enjin, kosnya RM50 juta. Kalu dua biji, 50 + 50. Macam main2 aje angka juta2 disebut media. Macam tak ada apa2 aje. Macam babi dipanggil khinzir. Bunyi khinzir seolah2 binatang boleh dimakan oleh orang melayu. Memangpun orang melayu boleh makan khinzir. Khinzir haram hanya kepada orang Islam.

Soalnya, bagaimana enjin sebuah jet pejuang yang begitu besar, boleh 'ghaib-ul-ghuyub'? Di Malaysia ni, tak ada yang pelik. Kes hilang barang ni bukan satu perkara baru. Zaman Tunku dulu, duit satu kapal terbang boleh hilang. Zaman Tun Razak pula, beras satu kapal boleh hilang. Dan sekarang enjin kapal terbang pula hilang. Apa nak peliknya? Orang yang bernyawa pun boleh hilang. Inikan pula benda yang tidak bernyawa. Orang yang bernyawa boleh ghaib dengan satu letupan sahaja. Apa nak pelikkan?

Inilah Malaysiaku yang aku tinggal dan dilahirkan. Nak wat guane, kata orang Ganu. Tapi, aku kena terima hakikatnya. Sama ada suka atau tidak suka, inilah negaraku. Nak marahkan sapa? Pemimpin dah habis reng, cuba memakmurkan Negaraku. Setiap kali lagu Negaraku bergema, semua orang akan berdiri cegat. Hormatnya orang kepada lagu Negaraku. Pemimpin tak usah kiralah punya hormat kepada lagu Negaraku. Rakyat lagilah hormatnya. Punya hormat rakyat kepada Negaraku, kata atau sentuh sikit mengenai Negaraku, melenting bagai nak kiamat. Pasal itulah, bila masa mengundi, jangan harap nak pangkah selain daripada dacing. Punyalah taat rakyat Negaraku. Taat sampai mati. Biarlah apa bendapun ghaib atau hilang; biarlah bagai nak kiamat Tok Guru menjijikkan umno, rakyat tetap setia dan taat kepada Negaraku.

Sebutlah skandal apapun. Dedahlah penyelewengan apapun. Tonjollah penyalah gunaan kuasa apa pun. Rakyat akan tetap dengan umnonya. Inilah kehebatan pemimpin Negaraku. Pemimpin Negaraku telah berjaya mengekalkan taat setia rakyat kepada umno. Malam sikitlah kalau PAS nak cuba menarik rakyat kepada Islam, kata orang Pekan. Soalannya, apakah rahsia umno yang begitu kental dan mantap, hingga mampu mendoktrinasikan rakyat?

Kes Biro Tata Negara atau peranan media, semuanya telah dikaji oleh para cendikiawan. Berbagai2 teori dan rumusan telah dikemukakan. Semuanya belum mampu sepenuhnya untuk membuka minda rakyat yang sudah kedalun dengan umno. Berbagai2 penyelewengan pemimpin telah didedahkan kepada rakyat. Semuanya belum mampu sepenuhnya untuk membuka minda rakyat yang sudah kedalun dengan umno. Kenapa?

Bagaimanakah kita hendak menggambarkan rupa sesuatu kepada seseorang yang buta? Bagaimanakah kita hendak menerangkan sesuatu kepada seseorang yang pekak? Bagaimanakah kita hendak memahamkan sesuatu kepada seseorang yang dungu? Carilah formulanya.

1 comments:

Unknown said...

Did you realize there's a 12 word sentence you can tell your man... that will trigger deep emotions of love and impulsive attraction for you deep inside his chest?

That's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's instinct to love, admire and protect you with his entire heart...

12 Words Will Fuel A Man's Love Instinct

This instinct is so hardwired into a man's mind that it will make him work better than ever before to make your relationship the best part of both of your lives.

In fact, triggering this influential instinct is absolutely mandatory to achieving the best possible relationship with your man that the instance you send your man one of the "Secret Signals"...

...You will soon notice him open his soul and heart to you in a way he's never expressed before and he'll recognize you as the only woman in the universe who has ever truly tempted him.