BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 25, 2009

THE TRUTH PREVAILS

Salam. Salam kepada sahabat yang diredahi Allah.

Akhirnya, kebenaran pasti terserlah. The truth prevails. Yang haq pasti akan mengalahkan yang batil. Itulah janji Allah. Dan sebagai hamba Allah yang mukmin, kita wajib meyakininya. Islam pasti menang. Kalau tidak menang di dunia, di akhirat pasti akan menang juga. Itulah keyakinan ahli Pas dari dulu, kini dan selamanya.

Kali ini, puak2 amno boleh berkiralah untuk siapkan keranda. Kalu ada yang pandai mengucap, bolehlah ajar amno mengucap kali ni. Tak lama lagi, amno akan disahkan sudah qalu. Tiap2 yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya. Cuma dibimbangkan takut tak dan mengucap semasa menghadapi sakaratul maut.

Keputusan pilihanraya kecil Permatang Pasir, memihak kepada Islam. Pengundi di Permatang Pasir sudah matang dan tidak perlu diulik2 dengan janji2 bengong lagi. Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri pandai mengatakan, yang penting ialah anak yang saleh, bukan anak mas. Tapi, amno bengong masih mahu cuba membengongkan orang lain pula. Biarlah amno sahaja yang kekal bengong. Rakyat hendaklah manfaatkan anugerah akal yang Allah kurniakan.

Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, penyokong2 amno bawalah bertaubat. Khusus kepada bergelar ustaz tu, berhentilah buat maksiat dan menyokong maksiat. Hidup ni bukan lama sangat. Amno dah nak berkubur. Buat apa ikut lagi benda yang dah mati. Kita pakat buat yang makruf dan sentiasa benci yang mungkar. Itu aje formulanya.

Wednesday, August 19, 2009

TPM YANG MEMALUKAN

Salam. Salam kepada semua sahabat yang diredhai Allah.

Membaca kisah ahli parlimen padang serai yang ditahan polis amat mendukacitakan. Kesian dia. Itulah harga perjuangan. Harga perjuangan yang lebih kurang sama seperti di Palestin.

Ada ke patut sorang TPM boleh tuduh sembrono aje seorang ahli parlimen tu bodoh. Subhanallah. Tapi, kalu amno buat dan kata semuanya betul. Kalu selain amno, semuanya tak betul. Bak kata Anwar - there's freedom of speech in Malaysia as gazetted in the constitution. Only that there's no freedom after speech. Itulah negaraku Malaysia.

Tak malu ke sorang TPM boleh mengeluarkan kenyataan yang amat memalukan kepada sorang rakan parlimen sendiri. Kalu di mahkamah, rakan peguan akan memanggil peguam lain dengan panggilan yang lembut. Your learned council, your honourable judge dan lain2 lagi. Patut di Parlimen lebih lagi. Tempat undang2 digubal. Tapi terbalik. Agaknya TPM kurang reti basa skit.

Dahlah hamba Allah tu digari secara kasar. Pas tu nak didakwa plak. Amno Amno... Bilalah nak nak belajar reti basa skit.

Tok Guru kata amno tak masuk syurga pun nak buat isu. Memanglah penyong amno tak masuk syurga. Penyokong pas pun tak masuk syurga. Syurga tu bukan mak pak kita punya.Syurga tu
Allah yang punya. Ia disediakan untuk hamba2 Allah yang beriman dan bertaqwa. Kalau orang amno beriman dan bertaqwa, dapatlah masuk syurga. Kalau asyik lawan Islam aje, ada can ke nak masuk syurga? Amno... amno. Kesian.....

Tuesday, August 18, 2009

MPK AKAN USAHAKAN ...

Salam. Sahabat2 yang diredhai Allah. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.

Salam buat peniaga2 Medan Pelancong. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Tuan/Puan semua diberi jaminan boleh berniaga hingga ke akhir Ramadhan. Pas tu.....

Begitulah nasib peniaga2 melayu di tengah bandar Kuantan. MPK berkata bahawa mereka berusaha sehabis reng untuk menempatkan semula peniaga2 Medan Pelancong di lokasi2 lain. Dalam masa yang sama, MPK juga melepaskan tanggung jawab kepada PASDEC yang sepatutnya bertanggung jawab membereskan urusan tersebut. Masing2 cuba lepas tangan.

PASDEC sudah menunaikan tanggung jawab mereka dengan menawarkan wang sagu hati kepada semua peniaga Medan Pelancong. Nisbah bayaran sebanyak 60 bulan X kadar sewa. Asalnya hanya 30 bulan X kadar sewa. Persatuan Penjaja campur sikit dan mohon dinaikkan, jadilah 60 bulan X kadar sewa. Mana peniaga yang dan selak sangat nak duit, dahpun ambil sagu hati tersebut. Mana peniaga yang tidak sain, masih belum ambil sagu hati tersebut. Persatuan nak arah supaya semua peniaga ambil sagu hati tersebut, takut PASDEC tutup buku dah hal peniaga Medan Pelancong pulak. Tapi, Persatuan saran supaya ambil juga sagu hati tersebut.

Sekarang ni, masih ada lagi nyawa2 ikan lagi kes peniaga Medan Pelancong ni. Ahli Parlimen Kuantan YB Pn. Fuziah Salleh dan masuk campur. Ketua Pemuda UMNO Kuantan pun sudah mula ambil tahu hal ini. Ertinya, pimpinan masyarakat sudah mula prihatin tentang hal peniaga melayu Medan Pelancong ni. Tapi, keputusannya? Masih di awang2awangan.

YB Pn. Fuziah mencadangkan 4 lokasi sementara kepada MPK untuk difikirkan. Berhampiran Shahzan Inn, Jalan Lebai Ali , Berhampiran OCBC dan Berhampiran Pokok Buluh. Kesemua lokasi tersebut akan difikirkan oleh MPK. Ketua Pemuda Datuk Suffian adalah juga Ahli Majlis MPK. Setakat manakah kemampuan dan kewibawaan beliau untuk menerima cadangan tersebut? Kepada peniaga2 Medan Pelancong, sama2lah lihat dan berdoa.

Friday, August 14, 2009

GERAM KERANA TAK DAPAT BERNIAGA DIBULAN RAMADHAN

Salam. Salam kepada semua sahabat yang diredhai Allah.

Tengok tajuk sahaja, sahabat sudah boleh agak apakah rentetan berita seterusnya. Kisah bulan Ramadhan. bulan yang penuh barakah. Bulan yang menyajikan rangkaian ganjaran yang tidak terhad dari Allah swt. Bulan yang amat dinanti2kan oleh seluruh umat Islam yang beriman dan bertaqwa.

Sahabat2 seislam, nilailah diri sendiri sekarang. Adakah termasuk dalam kalangan umat Islam yang beriman dan bertaqwa? Kalau Islam masih boleh diragui, sah tidak termasuk dalam kalangan beriman dan bertaqwa. Kalau hal Islam masih ada kurang yakin, sah terkeluar daripada kumpulan beriman dan betaqwa. Semak dulu sama ada terdapat atau tidak perkara2 yang membatalkan syahadah dalam kehidupan kita. Senang aje formulanya.

Kalau dalam hal nak cari duit dalam bulan Ramadhanpun dah naik geram kerana tak dapat gerai, maki hamun Persatuan Penjaja kerana tidak utamakan beliau untuk mendapat gerai, tak payahlah soal bab perkara2 yang membatalkan syahadah.

Dah beberapa kali Pengerusi Persatuan Penjaja Kuantan menyatakan bahawa, Berniaga dan Untung Adalah Dua Perkara Yang Sinonim. Tujuan Sebenar Berniaga Adalah Untuk Mencari Berkat. Kalau Tujuan Nak Untung, Menunjukkan Peniaga Itu Sama Ada Kurang Siuman Atau Kurang Cerdik.

Sempena menyambut Bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, hentikanlah mencaci Persatuan. Mana2 ahli yang gagal mendapat gerai Ramadhan, anggaplah ia satu hikmah. Tak payah nak menyalahkan sesiapa.

Saturday, August 8, 2009

TAMATNYA RIWAYAT MEDAN PELANCONG

Salam. Sahabat2 yang diredhai Allah.

Mercu tanda tapak niaga orang Melayu di bandar Kuantan akan menjadi sejarah tidak lama lagi.
Satu2nya tapak niaga yang terdapat ramai orang melayu di tengah bandar Kuantan ialah Medan Pelancong. Oleh kerana kurang promosi dan perangai dan stail orang melayu berniaga, medan niaga tersebut hanya terkenal dengan satu2nya terdapat kedai membuat dan menjual songkok di bandar Kuantan. Kedai warisan Hj. Ahmad Gundal kepada anaknya Ismail, masih setia dan akur berada di Medan Peancong. Selain itu, terdapat beberapa buah gerai makan yang masih kekal dengan masakan tradisinya, menghuni di Medan Pelancong.

Selepas Idilfitri, kawasan Medan Pelancong akan mula dipagar, menandakan projek 'water front' yang diuar2kan akan bermula operasinya. Ertinya, hanya tinggal lebih kuarang sebulan sahaja bagi Mail dan rakan2 niaga Medan Pelancong menjalankan perniagaannya. Lepas tu, boleh jalan.

Itulah harga pembangunan. Itulah harga bangsa Melayu. Mesti akur kepada arahan dan beri laluan kepada pembangunan. Kubur2 Melayu harus dibongkar untuk memberi laluan kepada pembangunan. Tanah2 Melayu harus diambil milik, demi pembangunan. Begitulah rapuhnya hak orang melayu, terpaksa akur kepada pembangunan.

Tak payah pergi jauh. Jerat di Bukit Setongkol, hingga sekarang kerajaan tidak berani untuk mengambil sedikit untuk memberi laluan kepada jalan raya. Hingga sekarang pengguna jalan raya terpaksa berpusing bulat mengelilingi jerat tersebut untuk ke Cenderawasih. Kerajaan sanggup membina jalan lain daripada memotong sedikit jerat tersebut bagi meluruskan laluan. Begitulah sikap kerajaan kepada orang Melayu.

Sekarang, Medan pelancong akan menjadi mangsa terbaru. Peniaga yang menghuni premis mereka sejak tahun 1971, akan hanya dibayar sagu hati sebanyak antara RM 5,000 hingga RM 10,000 sebagai bayaran sagu hati. Soal pampasan jauh sekali. Alasannya, PASDEC tak ada duit.

Ironinya, sejarah Medan Pelancong asalnya dimiliki oleh LKNP. Entah macam mana, ianya diserah kepada MPK. Serah bodo begitu saja. Sebabnya, MB menjadi Pengerusi kepada LKNP dan juga MPK. Pakat kontra begitu saja. Maka Medan Pelancong ditadbirlah oleh MPK. Dan bila Medan Pelancong hendak dimajukan kerana kedudukannya yang strategik, PASDEC ambil alih dan MPK basuh tangan. Sikitpun tak mahu ambil tahu hal Medan Pelancong dah. Sejak berpuluh tahun dahulu, MPK yang kutip sewa dan kutip saman. Lambat bayar sewa, saman. Bila dan jadi macam ini. MPK entah kemana.

Kemanakah para peniaga Medan Pelancong nak mengadu hal. Nak mengadu pada siapa? Nak mengadu kepada Ahli Parlimen, kerajaan akan kata isu ini dipolitikkan pula. Harap kepada YB Chang, CEO PASDEC jenis muka tak malu. YB Chang, ADUN Teruntum telah bersusah payah cuba menangani masalah peniaga Medan Pelancong, tetapi hanya seolah2 diperlekeh sahaja oleh CEO PASDEC. Begitulah nasib peniaga Melayu di Medan Pelancong.

Soalnya sekarang: Kemanakah peniaga Medan Pelancong akan pergi? Kemanakah peniaga Medan Pelancong akan humban nanti? Atau peniaga Medan pelancong akan berkubur begitu saja. Nantikanlah jawapannya.

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

Salam kepada sahabat2 yangdirahmati Allah. Semoga Allah sentiasa meredhai kita dunia dan akhirat.
Ini ada satu pengumuman:

Menjunjung titah duli2 yang maha mulia Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, setelah diperkenankan oleh duli2 Raja2 Melayu, adalah diisytiharkan bahawa Puasa pada tahun ditetapkan pada hari sabtu, 22 haribulan Ogos, 2009.

Tak lama lagi kita akan mendengar pengumuman tersebut daripada penyimpan mohor besar Raja2 Melayu. Maka akan bermulalah bulan yang amat diberkati, bulan yang dinanti2 oleh seluruh umat Islam yang beriman dan bertaqwa. Akan berlumba2lah umat Islam yang beriman dan bertaqwa, merebut tawaran dan ganjaran yang Allah janjikan di bulan yang penuh berkat, Ramadhan Al-Mubarak.

Umat Islam yang beriman dan bertaqwa akan berebut2 dan berlumba2 menunaikan ibadat pada bulan yang penuh berkat itu. Dan tak lupa pula, ada juga umat yang mengaku Islam, akan berlumba2 dan berebut2 untuk berniaga di bulan Ramadhan. Dan bandar Kuantan, seperti juga bandar2 lain, akan berlambaklah bazar2 Ramadhan, bercambah merata2. Para peniaga mengambil kesempatan untuk meraih seberapa banyak laba yang boleh. Dan Persatuan Peniaga dan Penjaja akan bertambah sibuk dan kalut menjelang Ramadhan ini.Para peniaga akan bersungut dan komplen kiranya mereka tidak mendapat gerai yang dipohon.

Seperti biasa, pihak MPK akan menjadi semakin sibuk dan kalut mengendalikan gerai2 Ramadhan, semata2 untuk mempastikan ia berjalan baik dan bersih. Pihak MPK sedikitpun tidak akan berkompromi dalam hal menjamin kebersihan. Lebih2 lagi dalam suasana wabak babi yang semakin serius melanda negara sekarang ini.

Pihak MPK akan menjalankan taklimat tahunan Bazar Ramadhan pada 17, Ogos, 2009 ini kepada semua peniaga sekitar Bandar Kuantan di Wisma Belia. Pihak MPK tidak lupa untuk menjemput Pegawai Agama bagi menyampaikan sedikit tazkirah Ramadhan. Begitulah saban tahun. Perkara yang sama akan diulang dan terus diulang tanpa jemu. Sama seperti puasa dan ibadat yang lain. Perkara yang sama. Puasa akan berhadapan dengan kelaparan. Sembahyang akan melakukan ritual yang sama. Malah, semua ibadat adalah satu proses yang sama.

Umat Islam yang beriman dan bertaqwa, tidak akan puas2 melakukan ritual yang sama. Malah, umat Islam yang beriman dan bertaqwa, masih berlumba untuk melakukannya.Itulah nikmat Iman dan Taqwa.

Namun, umat Islam yang mengaku Islam, ada yang tidak senang dengan retorik dan ritual yang dilakukan. Malah ada yang komplen dan bersungut. Dan akan berlakulah polemik. Akan berlakulah perbahasan.

Sebabnya, umat Islam yang mengaku Islam dewasa ini sudah tidak nampak apakah itu nikmat Iman. Umat Islam yang mengaku Islam dewasa ini hanya sudah nampak kebendaan sahaja. Hanya BENDA yang sudah menjadi matlamat.

Pesanan Pengerusi Persatuan Penjaja Kuantan hampir setiap tahun, tidak pernah menjadi bualan dan amalan para peniaga. Matlamat Berniaga Bukannya Keuntungan. Niaga dan Untung Adalah Sinonim. Sebut Berniaga, Mesti Hendak Untung. Hanya Orang Tidak Bijak dan Tidak Siuman Sahaja Yang Berniaga Hendakkan Rugi. Berniaga Adalah - Untuk Mencari Keberkatan. Khususnya Bulan Ramadhan ini. Itu antara pesanan Pengerusi Persatuan Penjaja Kuantan. Tetapi, berapa orangkah yang menghayatinya?

Apa yang berlaku, saban tahun Persatuan Penjaja Kuantan akan menjadi mangsa tohmahan dan kritikan pedas daripada ahli. Sedangkan, hanya sekali setahun sahaja Persatuan Penjaja Kuantan diberi peluang oleh pihak MPK untuk mengendalikan Bazar Ramadhan di Tapak Mahkota Square. Itupun, akan berkelahi pada setiap tahun dengan MPK, untuk mendapatkan pengendalian Bazar tersebut. Dan Persatuan bukannya dapat percuma. Sudahlah pihak Jawatankuasa, khusnya Setiausaha, terpaksa menebal muka saban tahun bagi mendapatkan pengendalian tapak tersebut. Dan pada tahun ini, setiausaha terpaksa mendapatkan sokongan daripada MB sendiri, bagi memastikan tapak tersebut diberikan kepada Persatuan. Sebab apa berlaku demikian, carilah sendiri jawapannya.





Wednesday, August 5, 2009

MANA LEBIH PENTING: EKONOMI ATAU KESELAMATAN?

Salam. Satu soalan cepu mas dikemukakan kepada para sahabat yang dirahmati Allah. Apa jua jawapan yang diberikan adalah betul belaka. Tapi kalau jawab kedua2nya penting, adalah betul juga. Kedua2nya adalah saling tumpang menumpang. Akan tetapi, Islam memberikan jawapan yang tepat apabila jaminan keselamatan didahulukan daripada ekonomi. Kafir zimmi diberikan jaminan keselamatan sebelum bayaran cukai kepala dikenakan kepada mereka. Kafir Quraisy diberikan jaminan keselamatan sekiranya mereka berlindung di rumah Abu Suffian didalam kisah Futh Al Makkah. Ertinya, keselamatan didahukan daripada ekonomi.

Berbeza dengan pandangan kapitalis dan pragmatis. Ekonomi didahulukan daripada segala2nya. Ekonomi merupakan nadi kehidupan dunia kapitalis. Soal keselamatan menjadi bab kedua. Dan ini yang diamalkan di Malaysia sekarang ini, kiranya masih ramai lagi rakyat yang tak tau.

Buktinya, soal kerugian yang dialamai oleh para peniaga semasa tunjuk perasaan Anti ISA pada 01 Ogos baru2 ini. Kerajaan berdegar2 membuat taksiran kerugian yang dialami oleh para peniaga. Mana rakyat yang bengong, akan termakanlah dengan propaganda tersebut. Rakyat yang dah termakan tungau, akan sokonglah agenda tersebut.

Mana tidaknya. Rakyat yang sudah dididik dan didakyah dengan kepentingan ekonomi atau berfahaman kebendaan, menuduh bahawa demonstrasi anti ISA adalah bodoh. Padan muka orang2 PAS. Dan ada pula yang lebih tak reti basa menuduh para demonstrator itu adalah lembu2 korban. Begitulah bangang dan bengongnya rakyat yang telah dididik dan didakyah dengan fahaman kebendaan. Tak nampak dah di mana agama. Agama hanya sekadar ibadah khususiyah saja. Begitulah rakyat yang dibanggakan pemerintah.

Soalnya, apakah benar para demonstrator pada hari itu telah melakukan rusuhan? Apakah para demonstrator telah bertindak memusnahkan harta benda awam dan peniaga? Agaknya rakyat yang kena tungau tak nampak langsung apa yang berlaku. Rakyat dah tak reti langsung nak menilai atau berfikir. Memang dasar umno menjumudkan rakyat.

Bukankah kerosakan dan kerugian yang berlaku adalah akibat rusuhan polis yang sudah tak keruan. Pakai tembak dan pancut saja tak kira apa dan dimana. Apa rakyat dan buta sangat dah ke? Pemimpin mereka memanglah dah buta dan pekak. Ya Allah, berikan rasa ISA itu kepada mereka2 yang menyokong sangat ISA itu.